* PROGRAM MOTIVASI ASRAMA
Anjuran : Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Tarikh : 21 Februari 2009
Tempat : Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
Tujuan : Program motivasi asrama merupakan program kerjasama diantara Kelab JAKMA dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberi teknik-teknik belajar yang
* PROGRAM MINGGU DAKWAH
Anjuran : Naib Yang Dipertua
Tarikh : 28 Julai Hingga 1 Ogos 2008
Tempat : Fakulti Pengajian Islam, UKM
Tujuan : Melahirkan mahasiswa yang mempunyai disiplin yang tinggi, keyakinan diri yang utuh, berbudaya saing yang sihat dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti yang lain
* MAJLIS BERBUKA PUASA DAN LAWATAN MUHIBBAH KE PERKID
Anjuran : Exco Kebajikan dan BHEM
Tarikh : 14 September 2008
Tempat : Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor
Tujuan : Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mahasiswa dengan remaja yang bermasalah. Disamping memberi kesedaran dan memotivasikan mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Program ini memberi manfaat kepada mahasiswa khususnya kerana berpeluang bergaul mesra dengan masyarakat luar khususnya remaja yang mempunyai masalah
* SEMINAR KRISTIANISASI DAN CABARANNYA PADA MASA KINI
Anjuran : Exco Dakwah dan Tarbiyyah
Tarikh : 06 Mac 2007
Tempat : Bilik Seminar Siswazah 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Tujuan : Mendedahkan kepada para peserta mengenai strategik, ancaman dan cabaran gerakan Kristianisasi yang berlaku pada masa kini. Selain itu mendedahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Kristianisasi pada masa kini seterusnya memupuk sikap tanggungjawab sebagai mahasiswa/i dalam memelihara kesucian agama.
* KEM BESTARI SOLAT
Anjuran : Yang Dipertua
Tarikh : 29 Mac 2009
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang
Tujuan : program ini merupakan program yang kerjasama dengan Panatia Pendidikan Islam (jQaf) sekolah tersebit dan seramai 20 0rang pelajar dari Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan telah dijemput untuk menjadi fasilitator. Fasilitator ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar darjah 4 dan 5.