Kelab Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa (JAKMA)

* PROGRAM MOTIVASI ASRAMA


Anjuran : Exco Pendidikan dan Penyelidikan

Tarikh : 21 Februari 2009

Tempat : Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain

Tujuan : Program motivasi asrama merupakan program kerjasama diantara Kelab JAKMA dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberi teknik-teknik belajar yang berkesan kepada para pelajar sekolah tersebut. Seramai 20 orang mahasiswa Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan menyertai program ini sebagai fasilitator.


* PROGRAM MINGGU DAKWAH


Anjuran : Naib Yang Dipertua

Tarikh : 28 Julai Hingga 1 Ogos 2008

Tempat : Fakulti Pengajian Islam, UKM

Tujuan : Melahirkan mahasiswa yang mempunyai disiplin yang tinggi, keyakinan diri yang utuh, berbudaya saing yang sihat dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti yang lain


* MAJLIS BERBUKA PUASA DAN LAWATAN MUHIBBAH KE PERKID


Anjuran : Exco Kebajikan dan BHEM

Tarikh : 14 September 2008

Tempat : Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor

Tujuan : Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mahasiswa dengan remaja yang bermasalah. Disamping memberi kesedaran dan memotivasikan mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Program ini memberi manfaat kepada mahasiswa khususnya kerana berpeluang bergaul mesra dengan masyarakat luar khususnya remaja yang mempunyai masalah


* SEMINAR KRISTIANISASI DAN CABARANNYA PADA MASA KINI


Anjuran : Exco Dakwah dan Tarbiyyah

Tarikh : 06 Mac 2007

Tempat : Bilik Seminar Siswazah 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Tujuan : Mendedahkan kepada para peserta mengenai strategik, ancaman dan cabaran gerakan Kristianisasi yang berlaku pada masa kini. Selain itu mendedahkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Kristianisasi pada masa kini seterusnya memupuk sikap tanggungjawab sebagai mahasiswa/i dalam memelihara kesucian agama.


* KEM BESTARI SOLAT


Anjuran : Yang Dipertua

Tarikh : 29 Mac 2009

Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang

Tujuan : program ini merupakan program yang kerjasama dengan Panatia Pendidikan Islam (jQaf) sekolah tersebit dan seramai 20 0rang pelajar dari Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan telah dijemput untuk menjadi fasilitator. Fasilitator ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar darjah 4 dan 5.



0 Responses