Pada 3 April 2010, Alhamdulillah telah berlangsungnya jamun makan malam dengan temanya 'Malam Ilustrasi Memori' bagi meraikan senior-senior tahun 3. Tema pakaian pada malam tersebut juga adalah hitam & putih....
'MALAM ILUSTRASI MEMORI TAHUN 3' TARIKH : 3 APRIL 2010 (SABTU)TEMPAT : BANGI GOLF RESORT MASA : 2000-2330 PM
Majlis berlangsung dengan meriahnya.... Semoga ukhuwah kita kekal selamanya.... :)
Wajah-wajah ceria mereka...
Khas untuk senior-senior tahun 3.. :)
Suasana yang cukup meriah...
Ucapan dari Timbalan Dekan memeriahkan lagi majlis...
Harap semuanya berpuas hati dengan perjalanan majlis tersebut.Segala kekurangan yang ada pada majlis tersebut mohon dimaafkan....
Pada 7 Ogos 2009, Jawatankuasa Induk Anugerah Bestari Ke-4 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjur satu majlis pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan UKM yang terpilih menerima Anugerah Khas Kualiti bagi tahun penilaian 2008. Majlis dimeriah dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM dan Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM.
Majlis Anugerah Sarjana Bestari kali ini menyenarai 14 kategori anugerah iaitu, Anugerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Kecemerlangan dalam Meningkatkan Citra UKM, Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer, Anugerah Penerbitan, Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Kreativiti, Inovasi dan Reka Cipta, Anugerah Pengurusan Makmal, Anugerah Penyelidikan Muda/ Individu/Kumpulan, Anugerah Persatuan/ Urusetia/ Projek/ Mahasiswa Cemerlang, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Budaya Kualiti, Anugerah Kakitangan Mithali, Anugerah Perkhidmatan Kaunter, dan Anugerah Pekerja Inovatif. Seramai 85 orang dipilih untuk menerima pelbagai anugerah ini.
Kelab JAKMA sekali lagi telah dianugerahkan Kelab Mahasiswa Cemerlang bagi kategori Anugerah Persatuan/ Urusetia/ Projek/ Mahasiswa Cemerlang buat kali ke-2.
Anugerah Sarjana Bestari diadakan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UKM yang dipilih menerima anugerah khas kualiti bermula tahun 2007.
Seramai 81 penerima kategori telah menerima hadiah masing-masing. Antara penerima berkenaan ialah bagi kategori Anugerah Kualiti Naib Canselor, anugerah Kecemerlangan dalam meningkatkan citra UKM, Anugerah Penerbitan, Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer, Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Kreativiti, Inovasi dan Rekacipta, Anugerah Pengurusan Makmal dan Anugerah Penyelidik Muda.
Kelab JAKMA telah dianugerahkan Kelab Mahasiswa Cemerlang bagi kategori Anugerah Persatuan/ Urusetia/ Projek/ Mahasiswa Cemerlang buat pertama kali.