Kelab Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa (JAKMA)

Pada 7 Ogos 2009, Jawatankuasa Induk Anugerah Bestari Ke-4 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjur satu majlis pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan UKM yang terpilih menerima Anugerah Khas Kualiti bagi tahun penilaian 2008. Majlis dimeriah dengan kehadiran Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM dan Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM.

Majlis Anugerah Sarjana Bestari kali ini menyenarai 14 kategori anugerah iaitu, Anugerah Kualiti Naib Canselor, Anugerah Kecemerlangan dalam Meningkatkan Citra UKM, Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer, Anugerah Penerbitan, Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Kreativiti, Inovasi dan Reka Cipta, Anugerah Pengurusan Makmal, Anugerah Penyelidikan Muda/ Individu/Kumpulan, Anugerah Persatuan/ Urusetia/ Projek/ Mahasiswa Cemerlang, Anugerah Khidmat Masyarakat, Anugerah Budaya Kualiti, Anugerah Kakitangan Mithali, Anugerah Perkhidmatan Kaunter, dan Anugerah Pekerja Inovatif. Seramai 85 orang dipilih untuk menerima pelbagai anugerah ini.

Kelab JAKMA sekali lagi telah dianugerahkan Kelab Mahasiswa Cemerlang bagi kategori Anugerah Persatuan/ Urusetia/ Projek/ Mahasiswa Cemerlang buat kali ke-2.

0 Responses